BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 15, 2010

pesan kawan

kawan sejati sering berpesan,
jagalah diri dan menghormati,
itulah jalan menuju ilahi,
bersama memohon maghfirah padanya.

kawan hormati sayangi guru,
seperti lilin membakar diri,
ingatlah sentiasa jasa mereka,
semoga kita menjadi remaja mulia.

kawan jangan biarkan dirimu,
alpa dengan fatamorgana,
jagalah dirimu jangan kau leka,
ingatlah sentiasa harapan bonda.

oh kawan jangan biarkan dirimu,
lupa peristiwa dulu,
ingatlah kembali di saat indah,
kita bersama berkelana.

kawan ku mohon ampuni daku,
diatas segala khilafku,
semoga kita bersahabat setia,
walaupun sehingga diputuskan nyawa.

kawan ingatlah pesanku ini,
jangan pernah kau melupaiku,
biar pun terpisah di kehidupan ini,
akan ku nantimu di pintu syurga.

lagu ini dicipta oleh senior aku skrg die dh form 4 name abg akmal,thanx abg akmal kerana lagu ini saya semakin dapat nengenali lebih dalam apa die erti sahabat sejati igt kwn2 hargailah kwn2 anda..................

0 comments: